Aspek pengolahan turut menjadi suatu perkara penting dalam penulisan karangan. Hal ini demikian kerana, jika sesebuah karangan itu diolah dengan sempurna maka sesebuah karangan itu mampu menjadi sebuah karangan yang mantap dan menarik apabila dibaca. Antara aspek yang perlu dititikberatkan dalam penulisan adalah seperti yang berikut:
Aspek Pengolahan:
- Wacana
- Logik
- Pemerengganan
- Format
Wacana
- Sesebuah karangan itu akan menjadi menarik apabila penggunaan wacana secara meluas digunakan oleh pengarang. Di mana, penggunaan wacana ini haruslah digunakan oleh pengarang di setiap permulaan penulisan karangan itu sendiri.
- Penggunaa Wacana yang tepat akan mewujudkan kesinambungan sesuatu isi yang bermula daripada pendahuluan, isi dan penutup.
- Antara jenis dan contoh wacana:
Logik
- Apabila menyebut karangan fakta. Pengarang tidak akan terlepas dengan perkara yang menyentuh berkenaan logik. Di mana, sesebuah karangan fakta seharusnya berpegang kepada prinsip logik.
- Hal ini demikian bagi mengelakkan pengarangan menghasilkan penulisan sewenang-wenangnya tanpa bahan bukti yang sahih dan hakiki.
- Karangan fakta hendaklah mempunyai isi-isi yang logik bagi mengukuhkan lagi penyampaian penulisan supaya menjadi menarik.
- Logik ini juga perlu merangkumi penyampaian dan penulisan pendahuluan, isi-isi dan penutup.
Pemerengganan
- Pemerenggan bermaksud usaha untuk menghasilkan komposisi sebuah karangan yang mantap melalui binaan perenggan-perenggan yang sempurna.
- Perenggan yang sempurna terhasil apabila struktur atau bahagian-bahagian yang lengkap dalam perenggan berjaya diwujudkan.
- Bahagian-bahagian itu berlainan antara perenggan pendahuluan, isi, penutup dan dialog.
- Maksud Perenggan. Perenggan ialah binaan bahasa yang terhasil daripada sekumpulan perkataan yang membina pelbagai jenis ayat untuk menyampaikan satu idea utama secara tuntas.
- Jenis Perenggan:
Perenggan Pengenalan.
Perenggan Isi.
Perenggan Penutup.
- Struktur Karangan Sempurna
Perenggan Pengenalan
Perenggan Isi 1
Perenggan Isi 2
Perenggan Isi 3
Perenggan Isi 4
Perenggan Isi 5
Perenggan Penutup
- Fungsi Perenggan Pengenalan. Perenggan pengenalan berfungsi untuk:
- Mengenalkan tajuk kepada pembaca;
- Menjelaskan tajuk dari segi makna atau tujuan;
- Memberikan gambaran tentang konteks penulisan;
- Menegaskan pendirian atau pendapat penulis tentang isu yang terkandung dalam tajuk;
- Mampu merangsang minat, rasa ingin tahu dan emosi pembaca.
Format
- Sebuah karangan fakta ini merupakan sebuah karangan tidak mempunyai format yang ditetapkan.
- Walaubagaimanapun, terdapat karangan lain yang memerlukan format ketika menulis.
- sebagai contoh, karangan surat rasmi dan tidak rasmi, karangan laporan, karangan temubual dan sebagainya.