22 May
22May

Aspek bahasa juga merupakan sesuatu perkara yang memainkan peranan utama dalam setiap penulisan karangan fakta, berformat ataupun tidak berformat. Antara nilai aspek bahasa yang dititikberatkan adalah seperti yang berikut:

Penilaian Aspek Bahasa (15 markah)

Aspek bahasa terbahagi:

  1. Perbendaharaan kata (3 markah)
  2. Struktur ayat (3 markah)
  3. Imbuhan (3 markah)
  4. Tanda baca (3 markah)
  5. Ejaan (3 markah)

Jadi, markah penuh bagi penulisan yang diberi untuk satu-satu isi yang dapat disampaikan dengan baik iaitu pengolahannya menarik dan sangat berkesan.

1) Perbendaharaan kata 

  • Perbendaharaan kata ini merupakan satu elemen yang penting dalam penyampaian sesebuah penulisan. Hal ini demikian kerana perbendaharaan kata berperanan menjadikan sesebuah penulisan menarik dan gramatis. Oleh itu, penggunaan perbendaharaan kata ini terbahagi kepada tiga jenis:

i. Penggunaan kata yang tepat.

Dalam bahasa Melayu, terdapat beberapa kata yang mempunyai ejaan yang hampir sama tetapi berbeza makna. Contoh:

  • gulung - barang yang berhelai-helai, berbentuk panjang bulat akibat digulung.
  • golong - membahagi-bahagikan dalam beberapa kumpulan.


ii. Kata banyak makna.

kata banyak makna pula merujuk kepada kata yang mempunyai lebih daripada satu makna. Makna kata yang pelbagai itu dibezakan mengikut konteks dan penggunaannya dalam ayat. Contoh: Lembut,

  • Gadis yang berbaju kebaya itu sungguh lembut orangnya.
  • Langsir itu sungguh lembut warnanya.


iii. Kata hampir sama makna.

Kata ini didefinisikan sebagai kata yang mempunyai makna yang sama dan hampir sama makna tetapi berlainan bentuk. Kata ini dibezakan berdasarkan penggunaannya dalam konteks ayat. Contoh, kata kaku, kejur, beku dan tegang mempunyai makna yang hampir sama tetapi berbaza maknanya mengikut konteks ayat.


  • Kesimpulannya, perbendaraan kata ini merupakan perkara utama yang akan dilihat dalam penilaian aspek bahasa. Hal ini demikian kerana bagi memastikan ayat yang terbina mencapai piawaian yang telah ditetapkan dan tidak berlakukanya kecelaruan maklumat dalam sesuatu penyampaian.

2) Struktur Ayat

  • Struktur ayat pula merupakan satu unit pengucapan yang paling tinggi dalam susunan tatabahasa dan mengandungi tatabahasa yang lengkap, di mana pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi intonasi yang sempurna.
  • Ayat ini terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan yang disebut ayat dasar dan ayat terbitan. Setiap ayat, baik ayat dasar mahupun ayat terbitan mengandungi pelbagai jenis dan ragam ayat. seperti ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan, ayat majmuk, ayat aktif, ayat pasif dan sebagainya.
  • Unsur atau konstituen yang terkandung dalam ayat ialah klausa, dan bilangan klausa yang terkandung dalam sesuatu ayat akan menentukan jenis ayat tersebut sama ada jenis ayat tunggal atau ayat majmuk.

3) Imbuhan 

  • Dari aspek imbuhan pula, pengarang seharusnya bijak menggunakan imbuhan dengan betul ketika menulis karangan.
  • Hal ini demikian kerana jika penggunaan imbuhan disalahgunakan perkara ini akan menyebabkan maksud karangan yang ingin disampaikan berbeza daripada maksud asal.
  • Oleh itu, pengarang wajar menguasai penggunaan imbuhan untuk kesemua golongan kata supaya dapat menghasilkan karang mantap dan mudah difahami.

4) Tanda Baca

  • Mengenai tanda baca pula, pengarang juga haruslah mengambil cakna atau peka tentang penggunaannya yang tepat.
  • Di mana, kita sedia maklum bahawa tanda baca ini perlu diletakkan di tempat yang betul supaya tidak mengganggu susunan ayat itu sendiri serta dapat difahami oleh pemeriksa.
  • Sebagai contoh, penggunaan tanda noktah perlu diletakkan pada setiap akhir ayat menunjukkan ada berlakunya kesenyapan dan secara langsung membolehkan maksud ayat itu dapat difahami dengan jelas.

5) Ejaan

  • Di dalam penulisan karangan turut menyentuh perkara yang berkaitan dengan ejaan. Aspek ejaan ini boleh dikatakan satu elemen yang sangat penting dalam setiap apa yang kita lakukan.
  • Oleh itu, ejaan ini menjadi aspek utama yang akan diperiksa untuk pembahagian markah. Penggunaan huruf besar dan huruf kecil juga seharusnya dikuasai dengan baik oleh pengarang supaya tidak berlakunya kehilangan markah secara sia-sia.
  • Sekiranya, elemen di atas ini dapat dikuasai dengan baik, markah penuh akan diberi untuk satu-satu isi yang disampaikan dengan baik melalui pengolahan yang menarik dan sangat berkesan. 
  • Oleh itu, penulisan yang dikarang jika kemas, bersih teratur serta senang dibaca juga mampu mempengaruhi markah.
Komen
* E-mel tidak akan diterbitkan di laman web.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING